Friday, 15 February 2019

KECEMASAN? AMBIL TAHU TIPS INI...

Bila ada sesuatu kecemasan kepada diri anda sendiri atau di kalangan ahli keluarga yang memerlukan anda membawa mereka ke jabatan kecemasan hospital, sebaiknya ambil tahu beberapa perkara penting yang tersebut :

1. Pastikan ada ahli keluarga terdekat yang tahu tentang pesakit, menemani pesakit. 

Jabatan kecemasan banyak menerima pesakit yang kurang/tidak stabil yang mana semestinya mereka memberikan sejarah kesihatan yang tidak tepat.

Ada yang tidak fasih dalam berkomunikasi sama ada bahasa malaysia atau inggeris serta tidak dapat mengingati sejarah penyakit mereka yang terdahulu.

Dengan adanya seorang ahli keluarga terdekat pesakit yang mengetahui tentang keadaan pesakit, ia sangat membantu paramedik dalam mendapatkan sejarah penyakit.

Contoh :

Sudah berapa kali pesakit muntah?
Sudah ke berapa kali kejadian seperti itu berulang?

Nampak remeh.

Tapi sangat membantu doktor di Jabatan Kecemasan membuat diagnosis tepat dan merancang rawatan yang berikutnya.

Jadi, bayangkan jika nak dapatkan maklumat terbantut, ada beberapa perkara terlepas pandang, apa jadi?

Diagnosis yang kurang tepat, Mungkin?

2. Jika ada pengiring, pastikan tahu tentang ubat-ubat terkini yang diambil dan pernah pesakit ambil.

Bukan tak ada jenis pesakit yang sikit pun tidak endah ubatan apa yang mereka makan. Yang bergantung pada suami/isteri, atau anak bagi mengingatkan mereka. Sedangkan warga emas pun sangat mengenali ubat-ubatan yang diambil mereka.

Jadi, ahli keluarga HARUS ingat ubatan penting yang pesakit ambil terutamanya ubatan pencair darah seperti contoh : Aspirin dan ubatan penting lain.

Bila dah semua tidak tahu, terganggu lah urusan pemberian ubat yang dipreskripsi doktor. Dah lewat, ia BOLEH menyebabkan komplikasi serius dan keadaan jadi semakin teruk.

3. Adakan rasa ingin tahu dalam diri tentang keadaan penyakit, perkembangan penyakit

Sakit anda, tanggungjawab anda. Tiada siapa yang lebih tahu berbanding diri anda sendiri. Melainkan pesakit warga tua, lupa ingatan, OKU dan sebagainya.
Doktor merekodkan sejarah penyakit anda berdasarkan tentang apa yang anda cerita.

Ambil tahu lah tentang penyakit-penyakit anda, lagi-lagi penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, asthma, penyakit buah pinggang dan strok.

Ingat perkara penting seperti sudah berapa lama menghidap penyakit, lawatan susulan doktor, alahan (jika ada), rawatan atau pembedahan yang pernah diterima.

“Tak perlu ingat benda cerita lama semua tu. Doktor mesti tahu apa yang mereka patut buat.”

Ya, betul lah doktor akan merawat mengikut garis panduan, NAMUN setiap rawatan untuk setiap pesakit atau individu adalah berbeza, tindak balas berbeza kepada ubat-ubatan berbeza.

4. Pakaian bersesuaian.

Tidak kira pesakit atau pelawat, cubalah untuk mengenakan pakaian yang bersesuaian apabila menjelmakan diri di hospital.

5. Bawa bersama segala dokumen, buku dan laporan penting yang ada.

Buku temujanji berjumpa doktor/pakar, laporan perubatan, laporan pengimejan seperti filem x-ray/imbasan CT/ laporan CT

“Tak sempat lah kelam kelibut nak datang hospital, mana sempat nak cari semua tu?”

Kalau tak sempat, minta tolong ahli keluarga lain bawakan ke hospital secepat mungkin. Adanya perkara-perkara tersebut membolehkan doktor menggunakannya sebagai rujukan dan menentukan status semasa penyakit anda.

Ini juga membantu untuk meneruskan segala rawatan yang telah diterima pada kemasukan sebelum kemasukan tersebut.

Contoh :

Laporan Echocardiogram (ECHO) penting kepada pesakit jantung supaya doktor tahu pesakit selamat atau tidak untuk menjalankan sesuatu pembedahan kecemasan jika diperlukan.

Jika sebelum ini anda berurusan di klinik/hospital swasta, sila minta doktor untuk menyediakan laporan perubatan anda dan surat rujukan lengkap.

6. Tak perlu bawa bayi dan kanak-kanak kecil

Hospital bukanlah tempat yang bersesuaian untuk kanak-kanak berlari-lari dan bayi-bayi berehat lena.

Mendedahkan mereka kepada kuman-kuman dan pesakit tenat adalah perkara yang tidak sewajarnya.
Anak kecil, imunnya belum berkembang sepenuhnya macam orang dewasa. Jadi, kadar imuniti mereka jauh lebih rendah daripada yang dewasa.

Suara menjerit-jerit atau mengangis meraung pula boleh mencemaskan pesakit-pesakit yang sedang berehat.

Cari jalan penyelesaian untuk biarkan kanak-kanak tinggal di rumah dan jangan bawa mereka ke hospital melainkan mereka memerlukan bantuan atau pemeriksaan perubatan.

▫Dengan ini, rawatan akan lebih lengkap dan efisien, menjimatkan kos dari segi ulangan pemeriksaan dan imbasan yang tidak perlu.

Urusan jadi cepat dan mudah, komplen pun kurang Inshaallah.

Wednesday, 16 January 2019

LOGHAT KEDAH MENGIKUT KAWASAN

PERBEZAAN LOGHAT KEDAH MENGIKUT KAWASAN

Ada member tunjuk satu video orang Kedah sedang bercakap. Kemudian dia tanya, “Kenapa kau cakap tak macamni pun?”
Haaa... Sebenarnya kalau nak tau, kat Kedah bukan ada satu loghat sahaja. Jadi kepada admin-admin page diluar sana, sebelum anda tulis caption kepada sesuatu video yang kononnya menyatakan orang itu bercakap loghat kedah yang pure, elok perhatikan dulu ketepatannya.
Begitu juga kepada pengarah drama atau filem yang nak buat watak orang Kedah. Elok study dulu sikit agar tak nampak fake ketika berlakon. Takda lah orang kecam macam drama Mak Cun dulu. Hampa jangan dok buat tak tahwan sangat. Haha. Dak pun, panggil cek jadi pelakon pun takpa aih.
Umumnya, ada sekurang-kurangnya 3 jenis cara orang Kedah bercakap iaitu :-
1) Kedah Timur (Hulu)
2) Kedah Selatan (Hilir)
3) Kedah Utara (Hilir)
- KEDAH TIMUR
Video yang page-page Facebook selalu tunjuk tu adalah loghat Kedah Timur atau Hulu. Ianya merangkumi kawasan Padang Terap-Kuala Nerang, Sik, Baling, sebahagian kecil Pokok Sena dan sebahagian kecil Kubang Pasu. Loghat sebelah sini mirip dengan orang Kelantan.
Sebenarnya, yang lebih tepat, loghat mereka adalah loghat Reman. Reman dahulunya sebuah kerajaan Kesultanan Melayu di wilayah Fathani, selatan Thailand. Kerana itulah, loghat orang Baling-Sik-Padang Terap seakan-akan orang Fathani dan Kelantan. Bahkan, orang Hulu Perak seperti Gerik juga bercakap dengan loghat Reman. Perkampungan orang Siam juga banyak di sekitar kawasan ini. Sebab tu ada jugak loghat yang ala-ala Siam di sekitar kawasan ni.
Kelantan - Demo
Perak - Deme
Kedah - Dema
- KEDAH SELATAN
Sebenarnya, Kedah Selatan dan Kedah Utara yang berada di hilir ni memiliki loghat yang sama sahaja. Cumanya dibezakan kerana lenggok sebutan atau nada intonasi yang agak berbeza. Kedah Selatan yang berdekatan dengan Pulau Pinang ini merangkumi Sungai Petani, Kulim-Bandar Baharu, Padang Serai, Merbok dan sebahagian Jerai.
Nada intonasi Kedah Selatan kedengaran agak kasar dan “meriah” cara percakapannya. Bak kata orang Kedah, watak mereka ini “kasaq, kahaq, ketegaq”. Tapi jangan mudah ambik hati, orang Kedah ni baik-baik semua aih... Jadi, kalau anda bersembang dengan orang Kedah dan cara dia cakap agak keras, “Wey! Hang dok buat loqlaq noh! Teghajang satgi mampoih kot! Hahaha”, cuba tanya dia, “Hang oghang Sungai Petani ka?”
- KEDAH UTARA
Kedah Utara yang berdekatan dengan Perlis ini merangkumi Alor Setar, Kubang Pasu-Jitra, Jerlun, Ayer Hitam, Kuala Kedah, Pendang dan sebahagian besar Pokok Sena. Kodiang yang selalu orang sebut tu dok di Kubang Pasu.
Orang Kedah utara ni cakap lembut sikit. Sopan-santun dan ada irama. “Weyh...~ awat hampa buat laguni kat kami. Kami dak kata kat hampa pun, hampa dok kata kat kami paseypa taktau. Gamak hampa kata kat kami noh”. Orang Kedah memang suka cakap “taktau”, “noh” dan “apa nama”.
Di Utara mendekati Perlis, lenggoknya lebih lembut. Manakala di Selatan mendekati Pulau Pinang, nadanya lebih tegas. Cuba hampa peghati tengok. Ini apa yang penulis temui secara peribadi lah. Mungkin pengalaman orang lain macam lain. Kerana nada percakapan ni boleh dipengaruhi dengan faktor gender penutur, usia atau pengaruh demografi sekeliling. Kalau nak pasangan hidup yang tegas-garang (cengey) tapi macho, carilah belah-belah Sungai Petani. Tapi kalau hampa nak hat jenih lembut-sopan (romantik), mai cari belah Loqstaq. Hahaha
Bagi Kedah Hilir, perkataan “aku atau saya” digantikan dengan “cek atau kami”. Penggunaan “cek” selalunya dengan keluarga manakala “kami” dengan kawan dan banyak jugak yang gunakan “aku” dengan kawan. Perkataan “mereka” digantikan dengan “depa”. Perkataan “kamu” digantikan dengan “hang” (agak kasar) atau “hampa” (lembut sikit).
Kedah pure ni Kedah Hilir. Kedah Hulu kadang-kadang orang Kedah hilir sendiri kurang faham sebenarnya kalau pekat sangat. Antara Alor Setar (Utara) dan Sungai Petani (Selatan), Alor Setar lebih tenang dan Sungai Petani agak havoc. Pusat pemerintahan Kedah iaitu ibu negeri adalah Alor Setar manakala Bandar DiRaja adalah Anak Bukit yang kedua-duanya di sebelah Utara.
Langkawi pulak banyak orang luar(pelancong). Haha. Sebab pusat peranginan bebas cukai. Tapi boleh lah nak klasifikasikan orang Kedah di Langkawi sebagai Utara sebab kedudukannya terletak di utara.
Untuk tajwid, makhraj dan nahu Kedah, Awalan F- akan jadi P seperti Paham (faham), Pidyah (Fidyah). Tak semua benda orang Kedah tukar huruf R jadi Q. Kadang hujung R jadi T seperti Anggut (Anggur), Pasembot (Pasembor), Tat (Tar). Mahathir tak jadi Mahadiaq, kami panggil Mahadet (Che Det). Kadang tu kami unpronounce/hazaf huruf R macam Taya untuk Tayar. Kami tak panggil “selipaq” untuk selipar. Kami panggil kasut. Kami tak panggil “lansiaq” untuk langsir. Kami panggil teqai (tirai). Lansiaq tu hantu lansuir. Kami tak panggil “pasaq” untuk pasar. Kami panggil “merket”. Kami tak panggil biskut, kami panggil “ghoti”. Kami tak panggil “Selpiaq”, kami panggil Selfie la jugak... Amboi aih hampa, dok buat teqok sangat aih.
Satu lagi, kami orang Kedah tak cakap goyang-goyang kepala nah. Kami pun tak cakap dengan nada orang tengah kalut cempegha (kelam-kabut). Kena beza cara cakap kalut (macam drama tv dok buat), cara cakap berlenggok (utara) dan cara cakap kasar (selatan). Orang Kedah kalau perkataan hujung ada “NG”, sebahagiannya kami buang “G” tu bagi kat orang Terengganu. Kucing jadi Kucin, Kuning jadi Kunin, Kambing jadi Kambin. Akhiran -L jadi -i seperti Pedai (Pedal), Batai (Batal). Akhiran -S jadi -ih seperti Panaih (Panas), Ganaih (Ganas).
Orang Kedah paling pantang kalau balik Kedah dok cakap KL. Seakan-akan satu dosa besar kalau tersasul cakap KL. Ini kerana bagi orang Kedah, standard loghat Kedah itu lebih tinggi berbanding KL. Melalui loghat Kedah, kami boleh agak orang tu sedang bercakap straight to the point, menyindir, marah, berjenaka atau sedang sembang muhong.
Semua ini hanyalah secara umum sahaja. Tak boleh nak rigid sangat perbezaan ini kerana terkadang, berlaku juga percampuran di sana sini. Kalau hendak diterangkan secara terperinci ianya sangat rumit dan memerlukan kajian yang mendalam. Terkadang antara bandar atau antara kampung dalam satu daerah pun boleh ada beza loghat dia.
Bahkan, banyak perkataan-perkataan orang tua sudah kurang diamalkan. Antaranya seperti “Seghiyat”, “Kedohoq”, “Menyeqok”, “Ghagaih” dan banyak lagi. Menyeqok tu Sarapan. Jadi nanti kalau balik rumah mak mentua hampa, dia suruh menyeqok dulu, jangan hampa pi sembunyi bawah meja pulak. Dak aih... mak mentua hampa suruh pi makan ja tu.
Kanak-kanak kecil pula terpengaruh dengan cara percakapan di TV. Budak-budak sekarang sudah kurang bahasa. Ada juga budak kecik tiba-tiba cakap “lu ingat lu langsi ka?!”. Acah-acah gangster macamtu sebab terpengaruh dengan filem KL Gangster.
Kredit:
Khairi Asyraf -Datuk Kumbar, Alor Setar, Kedah.
Video Kedah Hilir : https://youtu.be/lDU1CByeSrM

Monday, 14 January 2019

HALIA DAN KEGUNAAN UNTUK KESIHATAN


PELBAGAI PETUA HALIA

1.            MEMERAHKAN BIBIR
              Caranya, kupas halia muda, kemudian tumbuh separuh hancur.  Jangan terlalu hancur ya... Sapu halia tersebut pada bahagian bibir. Amalkan petua ini sekali sehari bagi membuang kulit mati dan menjadikan bibir kemerahan bak delima.



2.            BUANG ANGIN DAN TOKSIN
               Caranya ialah, hiris halia dalam satu atau dua inci dan rendamkan di dalam air panas bersama uncang teh.  Biarkan selama 2 minit dan boleh diminum setiap hari.  Amalkan setiap hari untuk membuang angin dan toksin dalam badan.

3.            MENGHILANGKAN BAU BADAN
               Hiris halia dalam satu atau dua inci dan rendamkan di dalam air panas bersama satu uncang teh.  Biarkan selama 2 minit dan boleh diminum setiap hari.  Sama caranya seperti ingin membuang toksin dalam badan.


4.            MENAIKKAN SERI WAJAH
               Boleh diamalkan minum air rendaman halia yang suam bersama madu pada setiap pagi.  Ini akan membantu melancarkan perjalanan darah dan membuatkan tubuh berasa panas.

5.            MEMBERSIHKAN KULIT
                Caranya, tumbuk halia, campurkan dengan tepung beras yang dikisar kering.  Satukan bahan ini, bancuh sehingga pekat dan kemudian jadikan lulur.



6.            MEREDAKAN TEKANAN
               Halia juga dikatakan dapat membantu meredakan tekanan dan memulihkan dalaman badan.  Amalkan minum air halia dengan madu setiap hari.  Anda akan merasai kelainan pada wajah dan tubuh juga tampak lebih segar seterusnya dapat menyerlahkan kecantikan semula jadi.



PERUBAHAN WAKTU SOLAT DAN WARNA ALAM


...بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


ADAKAH ANDA TAHU?
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
WAKTU SUBUH
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
WAKTU DZUHUR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
WAKTU ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!
WAKTU MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
WAKTU ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.

Saturday, 12 January 2019

Maksud 'UHT' pada Kotak Susu

Apa Makna 'UHT' pada Kotak Susu?
Jika kita melihat kotak susu, hampir kesemua susu yang dijual di pasaraya mempunyai tulisan ​“UHT”.
Apakah itu UHT?


​UHT merupakan singkatan dari ​Ultra-High ​T​emperature ​Processing (UHT)​ iaitu proses basmi kuman menggunakan suhu yg tinggi dalam waktu yang singkat.
Ini kerana apabila susu diperah (walaupun dalam tahap basmi kuman yg maksima), masih terdapat sebilangan kuman yg ada dalam susu. Ini menyebabkan susu tidak tahan lama apabila tidak disejukkan. Jadi ia akan segera rosak.
Jadi dengan menggunakan teknik UHT yang hanya memerlukan masa 3 saat, dan dipanaskan hingga 135 darjah, hampir semua kuman yang masih ada di dalam susu UHT dapat dibunuh.
Walau bagaimanapun proses ini tidak merosakkan vitamin dan protein.
Berbeza dengan cara memasak atau merebus secara biasa, ia tidak membunuh bakteria sebaik teknik UHT. Ia juga mungkin merosakkan kualiti susu.
Susu UHT boleh bertahan sehingga 3-4 bulan tanpa perlu disejukkan selagi kotak susu tidak dibuka.
Setelah dibuka, susu UHT harus selalu tersimpan dalam peti sejuk dan hanya dapat bertahan selama 3 hari.
Selain UHT, ada juga proses yang dinamakan Ultra-Pasteurized​. S​usu dipanaskan dalam suhu 72 darjah celcius dalam masa 15 saat. Proses ini juga bertujuan untuk membunuh kuman dalam susu.
Namun, proses ini kurang efektif dan susu menjadi kurang berkualiti kerana tidak semua kuman akan ​mati​ (lebih banyak dari susu UHT) dan waktu pemanasannya terlalu lama. Jadi, nutrisi dalam susu berpotensi untuk hilang.
Dalam proses UHT, susu akan segera disejukkan pada suhu 4-5 darjah celcius setelah dipanaskan. Ini memastikan jika ada kuman yang tertinggal, tidak akan membiak dan merosakkan susu.
kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad (9 Jan 2019)

Thursday, 10 January 2019

Cara tulis link WhatsApp dengan cepat

Assalamualaikum...

Mesti ramai yang perasan kan bila sekarang ramai peniaga online yang letak link bila tekan direct terus boleh ke whatsapp.
Pembeli-pembeli online ni kebanyakannya malas nak whatsapp manual sebab nak kena save nombor dulu..Padahal nak tanya harga ja..Sebab tu orang suka komen PM PM PM..kan?

so, ada cara boleh buat terutamanya untuk peniaga online macam mana nak buat link whatsapp tu dan bila tekan boleh terus ke whatsapp kita..Tak perlu save nombor dah..

Caranya sangat mudah hanya guna link ni camni:

http://www.wasap.my/

Cuma letakkan nombor telefon anda di belakang link tu.. contohnya :

http://www.wasap.my/+60172345678
.
Kalau nak ada text tambahan di hujung link whatsapp, edit jadi macam ni ya:

http://www.wasap.my/+60135974235/haisayanaktanyaharga

Hanya untuk smartphone tau.


Formatnya:

http://www.wasap.my/+6[NoTelefonAnda]/[AyatIklanAnda]

Ada yang kena test 2,3 kali baru keluar di whatsapp.

Selamat mencuba.

kalau dah test dan menjadi, jangan lupa untuk share kat rakan-rakan.. Tak baik kedekut ilmu.. :P

Btw, credits untuk tuan empunya laman web wasap.my. Ini bukan laman web saya..saya pun share jugak...