PELBAGAI PETUA HALIA
1. MEMERAHKAN
BIBIR
Caranya,
kupas halia muda, kemudian tumbuh separuh hancur. Jangan terlalu hancur ya... Sapu halia
tersebut pada bahagian bibir. Amalkan petua ini sekali sehari bagi membuang
kulit mati dan menjadikan bibir kemerahan bak delima.
2. BUANG
ANGIN DAN TOKSIN
Caranya
ialah, hiris halia dalam satu atau dua inci dan rendamkan di dalam air panas
bersama uncang teh. Biarkan selama 2
minit dan boleh diminum setiap hari. Amalkan
setiap hari untuk membuang angin dan toksin dalam badan.
3. MENGHILANGKAN
BAU BADAN
Hiris
halia dalam satu atau dua inci dan rendamkan di dalam air panas bersama satu uncang
teh. Biarkan selama 2 minit dan boleh
diminum setiap hari. Sama caranya
seperti ingin membuang toksin dalam badan.
4. MENAIKKAN
SERI WAJAH
Boleh
diamalkan minum air rendaman halia yang suam bersama madu pada setiap pagi. Ini akan membantu melancarkan perjalanan
darah dan membuatkan tubuh berasa panas.
5. MEMBERSIHKAN
KULIT
Caranya,
tumbuk halia, campurkan dengan tepung beras yang dikisar kering. Satukan bahan ini, bancuh sehingga pekat dan
kemudian jadikan lulur.
6. MEREDAKAN
TEKANAN
Halia
juga dikatakan dapat membantu meredakan tekanan dan memulihkan dalaman
badan. Amalkan minum air halia dengan
madu setiap hari. Anda akan merasai
kelainan pada wajah dan tubuh juga tampak lebih segar seterusnya dapat
menyerlahkan kecantikan semula jadi.




No comments:
Post a Comment