Tuesday, 8 January 2019


Bimbingan... Umpama perkataan atas helaian....

...السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


...بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Apa khabar kawan2...? Diharapkan semua sihat sentiasa..di kesempatan ini, selamat hari ibu untuk semua wanita bergelar ibu, tak terkecuali emak ana...walaupun kita tak digalakkan sambut, tapi eloklah sekiranya kita ucapkan terima kasih dan ucapkan syukur kepada bonda kita ata kasih sayang yang telah dicurahkan..jasa bonda tiada ternilai... Okey, dalam ruangan kali ini, ana nak bincangkan pulak tentang bimbingan... menurut kamus pelajar, bimbingan bermaksud "petunjuk tentang cara melakukan sesuatu"..


Bayangkan situasi yang ana nak bagi ni....


Semasa membuat rujukan untuk tugasan @ assignment, kita akan meniru setiap patah perkataan yang tercatat dalam buku tu kan...?? sebaliknya, bila kita menaip mesej, kita akan menggunakan singkatan perkataan seperti 'nk' (nak), 'bla' (bila), dan macam-macam lagi perkataan sehinggakan penerima mesej tu kadang2 tak faham akan perkataan tersebut..


Inilah yang ana maksudkan..hidup kita akan terbimbing sekiranya kita ada panduan dan bimbingan yang tepat..dari kecil, panduan kita adalah ibu bapa kita..merekalah yang selalu membimbing dan memandu arah hidup kita..sehingga ke satu tahap, bila kita diajar berdikari, sedikit sebanyak kita akan terpesong dari landasan yang telah ditetapkan oleh pembimbing kita iaitu Allah dan ibu bapa...bila tiada bimbingan dan panduan, kita hilang arah dan mulalah hidup jadi tak menentu..tapi bila masih dibimbing, kita akan ikut landasan yang betul dan penuh seperti ejaan perkataan atas helaian buku..begitulah hidup kita..andai dibimbing,sempurnalah hidup...


Wallahua'lam.....:)

No comments:

Post a Comment