Tuesday, 8 January 2019

KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA BUKAN PADA NILAI WANG



...السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


...بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


salam semua...lama tak menaip ni..harap semua pembaca blog ni sihat dan sentiasa diberkati Allah..Aamiin...

hari ni ana saja nak menzahirkan luahan hati rata2 sahabat ana yg dah berkahwin dan apa yg ana baca dalam media sosial lain..
tentang hubungan suami isteri..macamana nak bahagiakan pasangan masing2 tanpa keluarkan banyak wang..tak semua benda boleh dibeli dgn wang..cuma masa dan bantuan kekadang yg kita perlukan..

ada isteri yg boleh terima suami kerja biasa2 sebab dia nakkan suami sentiasa ada dgn dia..seronokkan? ada isteri yg bekerja sbb nak bantu suami sama2 beli barang rumah.. sekiranya suami lebih banyak masa di rumah, isteri lak keja luar, suami tolonglah ya bantu dan buat apa yg patut di rumah tu..jangan hanya sekadar main telefon dan menonton tv..buat sekadar yang termampu..isteri mesti makin sayang dan tenang hati bila di rumah ada yg membantu..tak lah bila balik kerja letih2 nak kena masuk ke dapur, basuh pinggan ka kemas rumah ka..isteri pun tak lah kuat dan larat mana nak buat semua benda di rumah..sbb tekanan di luar rumah,sewaktu kerja memang kadang menguji kesabaran..letih otak lagi parah daripada letih fizikal..harap para suami di sana dapat memahami dan membantu isteri..sama2 membantu dan bekerjasama utk lebih harmonikan rumahtangga.. bukan mudah nak cari yg boleh terima kekurangan diri kita kan..

Ada suami yg tak suka bila diajak keluar berjalan atau menemani isteri..kenapa sedemikian? mungkin si suami tak sihat, tak larat atau malas nak keluar..tapi apa salahnya kalau seminggu sekali temankan isteri pi pasar malam ka,jalan2 pasaraya ka..bukan semua isteri mengharapkan suami belanja makan atau beli barang, ada isteri yg sekadar nak keluar makan angin utk hilangkan tekanan kerja..sehari cuti vs 6 hari kerja..sekali sekala temankan dia makan malam, beli barang dapur, dok tepi pantai..dah sah kan? cari lah kebahagiaan tu..isteri akan rasa tersangat bahagia sekiranya suami sanggup temankan dia ke mana ja dia nak pergi.. kadang ada yg lambat dikurniakan zuriat, jadi ada hikmahnya jika suami isteri sering luangkan masa bersama.. ada suami kata, "ada duit berapa ringgit ja tapi isteri ajak gi sana sini, nak makan 2 org dah berapa dah".. Bukan duit tu yg jadi persoalannya bagi isteri..mungkin sbb dia ada duit lebih hasil kerja dan nakkan masa bersama suami di luar, jadi dia ajak..bukan nilai duit tu,tapi orang perempuan ni dia macam budak2, nak ke sana sini hilangkan boring dia..

isteri nak keluar dgn kawan2 mungkin dah takut suami tak suka atau tak izinkan..yalah, keluar dgn kawan takut nanti terlajak masa kan..jadi, suami la yg dia nak ajak keluar meronda atau berjalan-jalan..balik pukul berapa pun tak kisah..

so, ana nasihatkan suami atau isteri pandai2 lah ya cari masa dan kebahagiaan dalam rumahtangga tu..suami selalulah temankan isteri di luar,jangan terlampau biarkan isteri berdikari sendiri...
kesilapan terbesar suami pada hari ni adalah membiarkan isteri yg dicintai terlampau berdikari, buat segalanya sendiri sehingga hilangnya rasa memerlukan dan rasa kasih yg dulunya utuh..

Bina kebahagiaan cinta, luangkan masa bersama, semoga kekal ke Jannah...aamiin..

salam sayang utk semua...:*

No comments:

Post a Comment