Tuesday, 8 January 2019

CINTA...

CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN DAN……

Alkisah di sebuah pulau kecil, tinggallah pelbagai perkara abstrak; CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Pada mulanya mereka hidup berdampingan secara baik dan saling melengkapi. Namun tiba-tiba, badai datang melanda menghempas pulau kecil itu. Air laut naik dengan cepat dan hampir menenggelamkan pulau tersebut. Semua penghuni pulau berusaha menyelamatkan diri.

CINTA kebingungan kerana tidak dapat berenang dan tidak memiliki perahu seperti mereka yang lain. CINTA hanya mampu berdiri di tepi pantai sambil menjerit meminta pert0l0ngan. Air laut semakin naik membasahi kaki CINTA. CINTA ternampak kelibat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

“KEKAYAAN! KEKAYAAN! T0l0ng aku!!” teriak CINTA.

KEKAYAAN menjawab, “ Maafkan aku, CINTA. Perahuku telah penuh dengan semua harta bendaku. Aku tak dapat membawamu bersama, nanti perahu ni tenggelam. Lagipun dah tak ada ruang untukmu dalam perahuku ni…”. Lalu KEKAYAAN pergi meninggalkan CINTA. CINTA berasa sedih, namun kemudian CINTA ternampak pula kelibat KEGEMBIRAAN dengan perahunya.

“KEGEMBIRAAN,t0l0ng aku!!” teriak CINTA.

Namun KEGEMBIRAAN tak dapat mendengar teriakan dan panggilan CINTA kerana terlalu gembira dapat menyelamatkan dirinya. Air makin tinggi membasahi CINTA sehingga ke paras pinggangnya dan CINTA semakin panik. CINTA ternampak kelibat KECANTIKAN.

“KECANTIKAN! Bawalah aku bersama… Jangan tinggalkan aku!” rayu CINTA bersama tangisan.

KECANTIKAN menjawab, “tak b0leh, CINTA…kamu basah dan k0t0r sangat. Aku tak b0leh membawa kamu bersama,nanti k0t0r pula perahuku.” KECANTIKAN berlalu pergi meninggalkan CINTA sendirian yang telahpun menangis teresak-esak. ‘Apa salah silapku hingga semua meninggalkan aku sebegini’. Seketika kemudian, KESEDIHAN pula muncul di hadapan CINTA.

“0h KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu… Aku takut…”,CINTA merayu lagi.

Lalu KESEDIHAN menjawab, “maaf CINTA, aku sekarang tengah bersedih, dan aku perlu bersendirian…maaf…”. Dan KESEDIHAN berlalu pergi.

CINTA semakin takut dan hampir berputus asa. Air pula hampir menenggelamkannya. Namun CINTA masih berharap dia dapat diselamatkan, lalu dia berd0a, “Ya Tuhanku, t0l0nglah aku…apa akan jadi pada dunia tanpa aku, tanpa CINTA…?”

Pada saat itu, terdengarlah suara, “CINTA…! Mari cepat naik perahu ni!” CINTA men0leh ke arah suara tersebut iaitu se0rang tua yang sedang mengayuh perahunya. Dengan pantas CINTA naik ke atas perahu tersebut. Kemudian setibanya di pulau berhampiran, 0rang tua itu menurunkan CINTA dan terus berlalu pergi. Pada saat itu barulah CINTA sedar bahawa dia langsung tidak mengenali siapa yang menyelamatkannya tadi. CINTA bertanya kepada se0rang penduduk di situ, mengenai 0rang tua baik hati yang telah menyelamatkan nyawanya.

Jawabnya, “0h, dia adalah “WAKTU”…

Balas CINTA, “WAKTU? tetapi kenapa dia menyelamatkanku? aku tidak mengenalinya. Sedangkan kawan-kawanku sendiri enggan men0l0ngku malah meninggalkanku tanpa rasa kasihan…”

Dia menjawab, “hanya WAKTU lah yang mengetahui betapa bernilainya harga sebuah CINTA…..”

No comments:

Post a Comment