RELA BERLAPAR DAN SUSAH DEMI GAJET...
...السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bertemu lagi kita setelah sekian lama ana mendiamkan diri..hehe... kali ni ana nak sembang pula tentang isu gajet...Seperti yg kita sedia maklum, gajet memang merupakan satu lambang komunikasi dan kecanggihan masa kini..semakin hari semakin canggih,dan sehingga mencecah ribuan ringgit..namun ada segelintir individu yang sanggup berbelanja mewah demi gajet..tak salah,cuma berwaspada dan ikut kemampuan masing2....
Pernah ana menghadapi situasi di mana seorang kanak - kanak perempuan yang terlampau inginkan gajet iaitu tablet pc, mengajak ayahnya ke kedai alat telekomunikasi untuk membeli juga gajet tersebut. si ayah menceritakan bahawa anaknya tidak mahu makan nasi kerana beria - ia menginginkan gajet berkenaan. Bila ditanya, anak dia kata yg kawan2 dia semua dah ada tablet macam tu..jadi dia pun teringin nak juga..sebab nak main game macam kawan2 main...terpengaruh sudah..hehe...Ayah dia pun belikan ja lah sebab risau lau anak dia sakit...kesian si ayah..adik2 jangan la sampai macam tu..nak kan sesuatu,jangan sampai menyusahkan mak ayah..bukan murah dik...beratus juga..tapi sebab sayang dan risau, dibelikan juga..lau anak2 tak hargai lagi,taktaulah nak kata apa...nasib dia anak bongsu,kak2 dengan abang2 dah kerja..andai kata ada lagi adik2 bawah dia,mesti habis duit ayah dia..lepas tu berebut pulak,jadi bergaduh..tak seronok la camtu...mesti lagi pening mak ayah.. So adik2 tolonglah ya,jangan menyusahkan mak ayah kita hanya kerana nakkan keseronokan..pentingkan keperluan daripada kehendak...kawan2 pun lau ada benda baru macam gajet canggih,janganlah pula pi cabar kawan suruh beli macam dia beli..melarat jadi masalah lain pula lau semata-mata nakkan gajet...
Banyak yg boleh kita tengok pada zaman sekarang, remaja sanggup berlapar di sekolah hanya sebab nak himpun duit beli gajet baru, contoh macam telefon baru... Duit sekolah yg mak ayah bagi untuk makan, depa(mereka) simpan untuk beli gajet..sanggup la...lau sakit,tak ka susahkan mak ayah? Kalau la azam depa kuat untuk belajar dan sara mak ayah macam depa bertekad nak simpan duit, kan ka bagus...Banyak faktor yang sebabkan depa ni terpengaruh..sebagai pelajar,pandai2lah jaga diri dan mak ayah...pentingkan dulu pelajaran daripada nak habiskan duit demi telefon baru ni...
Ada baru ni, budak laki tu bawa mak dia mai nak beli telefon baru..harga hampir rm200..biasa la,jenama terkini kan...hehe..dia kata nak pinjam dulu duit mak dia,petang nanti bayar..mak dia marah2 la kata nak bayar dengan apa,bukan kerja..macam lawak kan?tapi situasi ni bukan lawak..memang mak dia marah sungguh,berleter depan kedai..tapi anak dia tak peduli..nak jugak2..sampai bayar duit pun main letak ja atas meja,takda hulur kat tangan dah..sabor jalah..anak dia senang ja..dah dapat,ucap terima kasih pun dak..itulah anak...haishh...
Budak2 zaman sekarang........
Soalan saya:
1. "melarat jadi masalah lain pula lau semata-mata nakkan gajet"..apa contoh masalah lain tu?
2. Banyak faktor yang sebabkan depa ni terpengaruh.. Bagi contoh beberapa faktor..
ok..cukup setakat ni...jumpa lagi lain kali..in shaa Allah....
Mmuahhh...sayang semua...
No comments:
Post a Comment